Jenis storan awan yang terbaik bagi sesebuah organisasi ialah jenis storan awan persendirian contohnya “Microsoft Azure”

Jenis storan awan yang terbaik bagi sesebuah organisasi ialah jenis storan awan persendirian contohnya “Microsoft Azure”. Storan awan ini yang paling diminati sebagai aplikasi oleh kebanyakkan organisasi. Kriteria pemilihan yang paling penting bagi responden ialah kos, iaitu kos permulaan dan operasi. Storan awan ini juga berkeupayaan untuk berkongsi fail dengan berbilang pengguna. Keupayaan untuk berkongsi
fail dengan berbilang pengguna adalah fungsi utama bagi apa-apa perisian yang boleh digunakan untuk menguruskan maklumat projek, kerana fail tersebut perlu dikongsi dengan banyak pihak berkepentingan dan ramai pekerja. Penggunaan aplikasi storan awan persendirian telah menjadikan perkongsian maklumat projek lebih mudah dan telah menjadikan komunikasi antara pihak berkepentingan lebih mudah. Penggunaan aplikasi storan awan persendirian juga membenarkan pasukan projek memberi tumpuan lebih kepada perniagaan sebenar. Ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi storan awan persendirian boleh memberi kesan positif yang nyata kepada organisasi perniagaan secam menyeluruh .